Thursday, December 18, 2008

DESEMBER 2008

Statistik Perkahwinan SMM

Kali ni aku nak ajak sahabat2 semua menelusuri Statistik Perkahwinan SMM terkini, yg menunjukkan 30.8% sahabat2 kita telah selamat melaksanakan sunnah baginda Nabi Muhammad S.A.W dalam tempoh 4 tahun (2004-2008). Jadi anggarannya ialah, menjelang tahun 2020, semua sahabat2 kita akan selamat mendirikan mahligai kasih masing2, Insya Allah!

(mesti korang pikir, "ape dah takde keje ke si Wan ni, duk hitung member2 kawin berape ramai". Hehe... org bujang, cam ni ar )

Sebagai memenuhi permintaan, ada tambahan kolum yg dibuat, utk AHLI KELUARGA, iaitu istri & anak2 (bagi mereka yg berkenaan sahaja ye...). Mungkin ade diantara kita yang belum maklum akan status kebujangan sahabat2 yg lain, maka bolehlah dapat maklumat serba sedikit daripada kolum ni. Diharap juga sahabat2 dapat penuhkan kolum bagi ALAMAT/LOKASI TEMPAT TINGGAL TERKINI. Dengan adanya maklumat ni, sekurang2nya kalau kita kebetulan lalu kat satu tempat, kita pun tau la yang member kita ade tinggal kat tempat tu. Pastu, boleh la nak singgah ziarah ke, borak2 tanye khabar ke, open table ke...Alhamdulillah.

Harap sahabat2 semua utk bantu melengkapkan mana2 maklumat yang kosong berlubang dalam senarai ni. Kemaskini/perubahan/pertukaran maklumat terbaru, ada bertanda warna Diraja. Manakala yg bertanda alert, untuk pembetulan / semakan. Diingatkan sekali lagi, mohon sahabat2 semua agar elakkan daripada meng-update attachment dlm emel, supaya senang aku nak buat kerja2 update nanti. Sebarang update, terus emel/SMS kepada aku & selesai.

Saya sebagai seorang JURUTERA...

Sahabat2ku sekalian,

Sebagai renungan untuk kali ni, teringat kata2 nasihat pensyarah kita kat FKM dulu, Dr. Amran Alias (semoga Allah memberi keberkatan pada beliau), berkenaan tanggungjawab seorang jurutera dalam masyarakat. Disamping kesibukan tugas2 harian terhadap pekerjaan & keluarga masing2, jangan diabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Cuba libatkan diri dengan aktiviti2 kejiranan, aktiviti2 taman perumahan, aktiviti2 surau & masjid, pengajian2 agama, usrah, rewang, dan sebagainya. Tak semestinya kena pegang jawatan2 tertentu, tetapi memadailah ada sikap cakna & ambil tahu hal ehwal di sekeliling kita. Usahakanlah sesuatu. Sumbangkanlah apa-apapun, samada kewangan, kemahiran, tenaga, buah fikiran, sokongan moral, ataupun apa2 yg termampu kita sumbang, supaya apa saja yg kita dapat di universiti dulu tu, bermanfaat kepada orang lain.

Sebagaimana masyarakat2 di barat contohnya, setiap individu yg sudah bekerja akan membuat "fixed contribution" kepada mana2 badan kebajikan, badan keagamaan, badan amal, aktiviti sosial dan sebagainya, yang ditolak secara konsisten setiap bulan daripada akaun gaji masing2. Mereka tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti2 tersebut disebabkan tumpuan terhadap komitmen masing2, namun inilah kunci yang menjana kekuatan masyarakat mahupun kekuatan agama mereka. Asalkan setiap orang memainkan peranan, itu sudah memadai. Sikap ini patutlah kita contohi, wahai sahabat2ku sekalian.

Demikianlah ilmu yg kita dapat di universiti dulu tu, bukan semata2 utk diguna dlm pekerjaan kita sahaja. Begitu juga pendapatan bulanan dari pekerjaan kita tu, bukanlah semata2 utk kegunaan diri & keluarga sahaja. Pendek kata, salurkan juga ilmu pengetahuan & kewangan kita pada masyarakat, kerana itu hak mereka, samada kita sedar ataupun tidak.

Apa pentingnya? Ketahuilah saudara-saudaraku sekalian, bahawa title jurutera yg kita dapat sekarang ni, ia datang bersama2 dengan tanggungjawab, yg pasti akan disoal kelak di hadapanNya. Allah SWT berikan peluang utk kita memperolehi ilmu-ilmu kejuruteraan dulu tu semua, tidaklah dengan sia-sia sahaja. Janganlah pula kita berfikir, bahawa dengan segulung ijazah tersebut, cukuplah utk kita kerja, makan, minum, menyara diri & keluarga dan membeli segala macam keperluan2 hidup sahaja. Itu belum mencukupi...

Kerana bagi seekor kucing misalannya, cukuplah baginya mencari makanan utk dirinya dan anak2nya, dan seekor kucing tidak berfikir lebih daripada itu. Bagi kita sebagai manusia yg telah Allah angkat martabatnya dengan dikurniakan akal & fizikal yang sempurna, maka sangat layaklah kita berfikiran lebih jauh daripada seekor kucing.

Sama2lah kita renungkan. Sekadar nasihat kita sesama sahabat. Teruskan perjuangan hidup masing2 di bawah naungan perintah & laranganNya.

Akhir kata, kepadaNya sajalah kita berserah, dan kepadaNya sajalah kita mohon pertolongan. Yang pastinya, kita takkan ada daya & kekuatan nak buat sesuatu andai tiada izin dariNya.

Tak kiralah, walau macammana hebat sekalipun kita ini.

Wassalam.

-MRZ-

0 comments: