Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt wbt. & Salam sejahtera kepada warga komuniti SMM yang dihormati sekalian,
Sukacitanya aku mewakili Encik Firdaus Mohamed, selaku Tuan Moderator blog khas buat komuniti kita, dan dengan rasa rendah dirinya, ”melancarkan” blog khas SMM 2001 yang beralamat di http://buletinsmm.blogspot.com, yang telah mula beroperasi sejak seminggu dua minggu yang lepas. Seluruh warga komuniti SMM sekalian adalah dijemput untuk turut sama-sama menyertai projek sulung tahun baru ini.
Secara ringkasnya, blog ini mempunyai beberapa ruangan utama:
PROFILE SAHABAT MEKANIKAL:
Setiap orang telahpun disediakan laman khas mengikut nama masing-masing (sebagai contoh, laman khas untuk aku ialah http://ridzuansmm.blogspot.com). Di sini, bolehlah masing-masing menguruskan laman masing-masing sebaik mungkin. Anda semua boleh memuatkan gambar-gambar, sajak-puisi-cerpen, profile ringkas dan sebagainya. Setakat ini, beberapa gambar-gambar kenduri kahwin SMM telahpun dimuatkan ke laman blog yang berkaitan. Langkah seterusnya, Tuan Moderator kita akan memberi tunjuk ajar berkenaan cara-cara menguruskan laman blog, insya Allah (aku sendiri pun tak paham lagi benda-benda blog nih, heh).
ARTIKEL:
Sebagai cadangan, ruangan ni kita buka pada sesiapa saja sahabat-sahabat kita yang ada mengarang tulisan-tulisan sendiri berkaitan apa-apa topik yang dirasakan sesuai (garis panduan sebelum meletak sesuatu artikel mungkin akan digubal sedikit masa nanti, supaya artikel-artikel yang dipaparkan bersifat lebih matang, menongkah arus dan mesra pengguna... hehe). Artikel-artikel dari sumber lain, eloklah kita terus gunakan medium emel seperti yang diamalkan sebelum ini. Ok.
CALENDAR:
Boleh digunakan untuk letak acara-acara penting berkaitan Majlis Perkahwinan sahabat-sahabat, program-program futsal, demo (ops...), mandi jeram, open house dan sebagainya.
CHATBOX: Sama fungsi macam chatbox yang aku dah setup 1-2 bulan lepas di alamat http://smm2001.cbox.ws . Namun demikian, terpulanglah pada Tuan Moderator samada nak terus gunakan chatbox baru, atau nak ganti dengan chatbox yang aku dah setup dulu tu.
Sebagai kesimpulan, aku anggap ni sebagai cara terbaik nak buat ”SMM Online Database”, yang mana ia boleh dicapai di mana-mana saja selagi ada capaian internet. Bermakna, mudah untuk setiap orang kemaskini laman masing-masing. Bile dah lengkap nanti, blog ni boleh kita jadikan laman web wajib untuk dilawati setiap hari, untuk mengetahui lebih terkini berita-berita hangat sekitar warga komuniti SMM, Insya Allah.
Sememangnya ini satu usaha yang sangat baik, dan layaklah kita sama-sama mengucapkan tahniah kepada Sheikh Firdaus al-Kelantani atas inisiatif beliau yang merintis projek ni jauh dari Sarawak sana.
Sebagai penutup, aku menyeru diri sendiri dan jugak sahabat-sahabat sekalian agar teruskan memberi komitmen & sokongan tanpa berbelah bahagi kepada usaha-usaha sebegini, agar ia tidak terkubur begitu sahaja kelak. Sibuk-sibuk macamana pun, cuba-cubalah luangkan sedikit masa ye.
Insya Allah, ada pahala kebaikan atas usaha kita mengeratkan silaturrahim yang terbina sejak hari Sabtu, 19 Mei 2001, sampailah ke saat ini.
Masihkah kau ingat hari itu?
Sekian,
MRZ
020109

0 comments:
Post a Comment